Kementerian Pengangkutan (MOT) and Kementerian Kerja Raya (KKR) telah melancarkan Ops Bersepadu & Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Kebangsaan 2023 sempena cuti Tahun Baru Cina yang bakal berlangsung hujung minggu ini, melibatkan betberapa inisi. Majlis ini disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi.

Dengan Slogan “Pandu Cermat, Sampai Selamat”, Ops Bersepadu ini akan beberlangsung dari 18-28 Januari 2023 dan melibatkan beberapa agensi lain yang bernaung di bawah dua kementerian itu, seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Raja (LembKa Raja) Lebuhraya Malaysia (LLM) and PLUS.

Seramai 2,000 anggota penguatkuasa JPJ akan terlibat dalam operasi tersebut, yang antara lain akan berada juga di dalam bas ekspres, pemantauan melalui Enforcement Based Station (EBS) di 14 lokasi tumpuan di sepanjang lebuhralaya s serta Ops Kaps.

Pra Ops Tahun Baru Cina juga akan diadakan dari 14-17 Januari, melibatkan pemeriksaan bas ekspres di 77 buah depoh dan 28 terminal bas utama seluruh negara bagi memastikan keadaan bas layak berada di atas jalan.

Selain itu, Perintah Larangan Pemanduan Kenderaan Barangan juga akan dilaksanakan selama dua hari sebelum dan dua hari selepas perayaan, iaitu pada 20-21 Januari 2023 dan 24-25 Januari 2023. Ini bagi mengelak risiko berlakunya nahas jalan raya melibatkan atran trafia kanpuran dan kenderaan penumpang .

Tujuh kesalahan lalulintas utama juga telah dikuatkuasakan sempena Ops Bersepadu tahun ini; memotong 国阵; memotong di garisan berkembar; tidak mematuhi isyarat lampu merah; memandu melebihi 有laju; penggunaan telefon bimbit ketika memandu; tidak mengunakan tali atau topi keledar; dan memandu di lorong kecemasan. Semua kesalahan ini tidak hanya dikompaun, tetapi pesalah juga akan dihadapkan ke mahkamah.

Bagi Kementerian Kerja Raya pula, Menaiktaraf Infrastruktur Keselamatan Jalan Raya juga dijalankan di lokasi yang kerap berlaku kemalangan (black dot) plan. Pada 2022, 53 lokasi ini telah dibaikpulih melibatkan kos RM17.2 juta. Selain itu, 40 lokasi yang berisiko berlakunya kemalangan akibat jalan gelap telah dipasang lampu jalan, melibatkan kos RM4.7 juta. Jumlah blackspots yang dikenalpasti untuk tahun 2023 pula adalah 76 lokasi.

Bagi tempoh 18-21 Januari 2023 juga, had laju di Jalan Persekutuan seluruh negara akan dikurangkan sebanyak 10 km/j kepada 80 km/j, dan 70 km/j bagi Jalan Negeri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *