Sejak kad Touch n Go NFC diperkenalkan, boleh dikatakan ia laris di pasaran. Malah ada yang menjual semula kad ini dengan harga yang jauh lebih tinggi dari harga sebenarnya. Terkini, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengeluarkan siri kad Touch n Go NFC edisi khas yang menampilkan bintang badminton kebanggaan kita.

menu entry Twitter, BAM menuunjukkan empat rekaan kad yang menampilkan wajah pemain yang bernaung di bawah persatuan terbabit. Ini termasuklah pasangan bergu Nur Izzuddin Rumsani & Goh Sze Fei, Ng Tze Yong, Pearly Tan & M. Thinaah, dan Aaron Chia & Soh Wooi Yik. Kad ini juga memaparkan tandatangan setiap pemain dan juga logo BAM.

Jika anda berminat untuk mendapatkan kad ini, jualannnya akan dilaksanakan di Petronas Open 2023, yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil. Di mana gerai penjualan kad ini hanya dibuka pada 14-15 Januari ini sahaja.

Kad ini juga boleh dianggap sebagai cenderahati bagi peminat sukan badminton terutamanya yang menghadiri kejohanan berkenaan. Tapi percayalah, pasti ada individu yang akan menjual semula kad ini dengan harga yang lebih tinggi.

Jika anda tertanya-tanya mengapa kad ini tidak menampilkan pemain perseorangan Lee Zi Jia atau si cantik manis Goh Liu Ying, untuk pengetahuan anda, mereka berdua ini adalah pemain persendirian, dan bukan bernaung di bawah pengurusan BAM.

Apa puns, teruskan sokongan anda kepada semua pemain yang mewakili Malaysia, waima dari persatuan mana sekali puns. Malaysia Boleh!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *